masak ikan merah 3 rasa
ResepiIkan Masak 3 rasa, untuk resepi ini Che' Nom menggunakan ikan siakap, boleh jugak digantikan dengan ikan bawal, Ikan masak tiga rasa memang tak asing lagi di restoran masakan Thai di Malaysia. Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan halia, serai, bunga kantan dan
Application Of Single Phase Induction Motor. Tunggu sebentar... Nampaknya anda menggunakan alat automasi untuk melayari laman web ini. Sila sahkan anda manusia Reference ID 020663b4-0bc5-11ee-b1cc-784856634343 Ini mungkin terjadi kerana Javascript dilumpuhkan atau disekat oleh sesebuah ekstensi contohnya penyekat iklan Pelayar anda tidak menyokong kuki Sila pastikan Javascript dan kuki dibolehkan di pelayar anda dan anda tidak menghalang pemuatannya.
Enaknya menu Ikan Merah Masak Cuka ni. Salah satu resipi lauk yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun ringkas begini, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Rasa masam-masam cuka, menaikkan lagi selera makan. Nikmat tak terkata. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini. Anda pasti puas hati. CARA MEMASAK IKAN MERAH MASAK CUKA YANG SIMPLE & SEDAP BAHAN-BAHAN 1kg potongan ikan merah 3-4 sudu besar cuka masakan – beli online disini 10 biji cili padi merah jangan diketuk ½ biji timun – dipotong 1 biji tomato – belah 6 1 sudu besar biji sawi – beli online disini 1 biji bawang besar – dipotong bulat 3 ulas bawang putih – dihiris 2cm halia – dihiris 1 batang serai – diketuk 1/2 sudu teh garam 400-500ml air 1 sudu serbuk perasa 1/4 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini CARA MEMASAK 1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam. Bilas dan lumur bersama garam serta serbuk kunyit sebelum digoreng. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi. Biarkan biji sawi meletup letup sebentar. 3. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan serai. Masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau. 4. Seterusnya masukkan bawang merah dan cili padi merah. 5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Rasa terlebih dahulu supaya dapat rasa yang anda mahukan. 6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan timun dan juga tomato. Biarkan ianya masak dan mereneh seketika. Padamkan api. 7. Ikan Merah Masak Cuka siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi. Kredit resipi & foto Nurul Ateekah Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA Cara Masak Tempoyak Ikan Patin, Resipi Asli Dari Pahang Resipi Terung Goreng Berlada Sedap, Begini Cara Masaknya Resipi Rojak Mamak. Masak Sendiri Baru Puas Makan Himpunan 30 Resipi Menu Sahur Terbaik Sepanjang Bulan Ramadan Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube Majalah Rasa Official
3/16/2016 Assalamualaikum semua. Semasa buka blog ni tadi, ada nampak iklan yang menari nari dalam ni tak? Hihihi baru install mobile ads dalam blog Azie Kitchen, barulah tinggi sikit statistik dalam Nuffnang. Saya tak pernah charge pun pada sesiapa yang nak ambil resepi, dan rasanya tidak mungkin berlaku. Tetapi jika ramai ramai klik iklan yang dipaparkan, duit massyyuuk pun lebih dan dapatlah disumbangkan lebih juga. Jom sama sama berikan sokongan kepada blog Azie Kitchen. Entah kenapa kebelakangan kemaruk ikan merah. Terutama sejak makan ikan merah yang dimasak asam pedas di Melaka. Sebelumnya saya selalu membeli ikan jenahak. Jarang jarang sekali membeli ikan merah. Rasa sedap pulak isi ikan merah yang kembut. Hari ini beli lagi sekor ikan merah dan dipotong menjadi 5-6 keping. Sangat sedap lauk ini tapi rasanya ia dah terkurang bahan diguna berbanding dengan ikan. Sebenarnya sejak kecil, kami hanya makan ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum dimasak lemak atau pun ikan yang dilumur garam kunyit dan perap seketika sebelum digoreng. Jadi rasa ikan yang segar manis tidak lah suatu kebiasaan. Walaupun saya cuba menikmati keenakan rasa isi ikan segar tapi tekak saya lebih berselera dengan masakan menggunakan ikan yang digoreng terlebih dahulu. Saya sangat simple, ikan yang dilumur garam kunyit dan digoreng garing pun sudah memadai untuk memikat selera saya. Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Jom sediakan untuk keluarga anda hari ini juga... Oleh Azie Kitchen Bahan-bahan 5 keping ikan merah - lumur garam kunyit dan goreng 1 batang serai - dititik Air secukupnya Garam dan gula secukup rasa. 1 biji bawang besar - dihiris Bahan tumbuk 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1/2 inci halia 15 biji cili padi Cara caraIkan dilumur garam kunyit dan digoreng. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan tumbuk sehingga masak. Masukkan sedikit air. Masukkan asam keping, gula dan garam. Masukkan ikan dan bawang besar. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Artikel Topik Pengiklanan Hubungi Ikan merah merupakan ikan yang yang hidup di air masin, biasa dikenali sebagai ikan siakap merah. Ikan merah banyak dijual di pasar segar, tapi harga boleh tahan mahal. Lagilah kalau beli di kedai, ikan merah 3 rasa, ikan merah bakar, memang terus tebuk poket. Ikan merah seekor boleh makan 2-4 orang. Masak untuk satu keluarga untuk sambut hari jadi mahupun hari istimewa lain. Boleh kenyang dari malam hingga ke pagi. Selain itu resepi masak ikan merah banyak pilihan. Paling sedap dimasak stim dan berkuah. Oleh itu, kami telahpun tuliskan 10 resepi ikan merah yang padu. Sila baca dan cubakan resepinya. Sup Ikan MerahMasak Asam Ikan MerahIkan Merah Masak CukaKari Ikan MasalaAsam Pedas Ikan MerahIkan Merah Goreng BerempahIkan Merah Masak TaucuKari Kepala Ikan Merah Tanpa SantanFish Head Noodle SoupIkan Merah Stim LimauResepi Menarik Lain Sup Ikan Merah Imej via Facebook Ikan merah sedap buat sup. Orang dalam berpantang pun ramai dicadangkan untuk makan sup ikan merah. Tidak berani sangat mencuba ikan-ikan lain sebab takut hanyir. Resepi dikongsikan oleh Ainn Mustafar di laman Facebook. Bahan-bahan Bawang merah, Bawang putih, Halia hiris boleh, tumbuk boleh sehingga peran,. 1 sudu rempah sup, Serai sebatang dititik, Akar ketumbar, Sup bunjut, Garam secukup rasa. Tomato dan batang seleri, Daun [email protected] [email protected] bawang ikut kesukaan. Asam keping atau asam limau. Cara-cara Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hiris boleh, tumbuk boleh sehingga perang. Masukkan 1 sudu rempah sup dan tumis sekejap. Masukkan pula serai sebatang dititik, akar ketumbar, dan sup bunjut. Kemudian masukkan air. Bila sudah reneh, masukkan ikan. Bila ikan hampir masak, masukkan garam secukup rasa. Masukkan pula tomato dan batang seleri. Akhir sekali boleh taburkan daun [email protected] [email protected] bawang ikut kesukaan. Tumis pakai sesudu minyak zaitun sahaja. Kalau suka masam boleh letak asam keping atau asam limau. Masak Asam Ikan Merah Imej via Facebook Selain masak sup, ikan merah sering orang buat masak asam disebabkan isinya yang lembut dan rasa masam akan hilangkan bau hanyir dia. Makan pula jadi makin berselera. Ayuh cubakan masak ikan merah masak asam resepi oleh Azla Shakila di laman Facebook. Bahan-bahan ½ kilo ikan merah digoreng, 1 biji bawang merah tumis, 3 ulas bawang putihtumis, 1 inchi halia tumis, 6 biji cili api dibelah dua, 2 biji bawang merah potong bulat, Air perahan asam jawa, Garam secukup rasa, Perasa tambahan, Minyak masak. Cara-cara Terlebih dulu goreng ikan merah. Kemudian minyak yang diguna untuk goreng ikan merah dibuang sedikit dan terus masuk bahan tumis, bawang merah, dan halia. Setelah garing masuk air perahan asam jawa. Setelah mendidih masuk ikan yang telah digoreng, bawang dan cili tadi sekali. Kacau rata dan masuk garam, secukup rasa dan perasa tambahan. Kacau rasa bila kena dengan citarasa baru tutup api. Siap. Ikan Merah Masak Cuka Imej via Facebook Memang ramai yang suka masakan ini, tapi teragak-agak ingin masak sebabnya risau terlebih masam, terkurang masam, terlebih masin. Nampak simple tapi tidak kena pada cara memasaknya, kemungkinan kurang selera mahu memakannya. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook. Bahan-bahan 1 kilo potongan ikan merah, 3-4 sudu besar cuka masakan, 10 batang cili padi merah jangan dikatok, ½ biji timun dipotong, 1 biji tomato belah 6, 1 sudu besar biji sawi, 1 biji bawang besar dipotong bulat, 3 ulas bawang putih hiris, 2 cm halia hiris, 1 batang serai dikatok, ½ sudu kecil garam, 400-500 ml air, 1 sudu serbuk perasa Knorr atau Maggi, ¼ sudu kecil serbuk kunyit, Cara-cara Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam, bilaskan dan lumur bersama garam dan kunyit sebelum digoreng. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi biarkan biji sawi meletup letup sebentar. Masukkan halia, bawang putih dan serai, masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau. Masukkan bawang merah dan cili padi merah. Masukkan cuka dan air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Masukkan ikan, timun dan tomato. Biarkan ianya masak seketika. Kari Ikan Masala Imej via Facebook Nak cari kelainan masak kari ikan? Jika nak kelainan boleh cuba masak kari ikan masala. Makan dengan nasi panas gerenti sedap. Ada sedikit berbeza cara masak, sebab ikan perlu digoreng dahulu. Nak tahu lebih lagi macamana masak kari ini, boleh baca resepi di bawah. Tak susah pun sediakannya. Selamat mencuba by Khadijah Jaafar. Bahan-bahan 1 ekor ikan merah saiz sederhana, 1 biji bawang besar merah hiris, 1 ulas bawang putih hiris, 1 biji tomato potong dadu kecil, 2 tangkai daun kari, 1 paket rempah kari, 1 sudu besar serbuk cili, 1½ sudu kecil garam masala, ½ sudu kecil halba campuran, ½ sudu kecil serbuk kunyit, ½ cawan air asam jawa, ½ cawan santan, Garam, Pes halia bawang putih ditumbuk halus, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia. Asam Pedas Ikan Merah Imej via Facebook Asam pedas ikan merah memang paling lazat kalau dimasak bersama daun kesum, kacang bendi, dan tomato. Kalau ingin lagi pedas bubuh lada hitam. Resepi dikongsikan oleh Tie Bakawaliku di laman Facebook. Bahan-bahan Lada kering, Bawang merah, Halia kunyit basah. Kisar semuanya. Bahan bahan kisar agak agak saja. Cara-cara Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, masukkan air dan air asam jawa. Tunggu sampai mendidih baru masuk ikan,garam, cukup rasa,daun kesum, kacang bendi dan tomato biji. Ikan Merah Goreng Berempah Imej via Facebook Kalau ikan merah yang besar, bila dibuat goreng makan panas-panas, memang rasa juicy dan berlemak dekat bahagian-bahagian tulang tepi, dapat pula bahagian ekor lembut isinya memang sedap sampai sum-sum tulang ikan pon boleh dimakan. Rasa yang sedap dengan rempah dan manis isinya. Resepi oleh Nurul Ateekah di laman Facebook. Bahan-bahan 5-6 keping ikan merah besar, 1 sudu besar serbuk kari, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 sudu kecil biji ketumbar dihancur kasar, 1 sudu kecil serbuk lada hitam, 1 sudu kecil garam rata, 1 sudu kecil serbuk Knorr, 1 sudu kecil bawang putih, Sedikit pewarna [email protected] jika mahu, 1 sudu kecil halia, 2 batang daun kari, Cara-cara Didalam bekas, masukkan ikan dan masukkan semua bahan, gaul sebati dan perapkan paling kurang 30 minit. Panaskan minyak, masukkan ikan, goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan. Ikan Merah Masak Taucu Imej via Facebook Ikan merah masak taucu pula lain pesona dia. Apatah lagi wangi bau dia yang buat kecur air liur. Guna sebungkus kecil saja taucunya. Letak cili padi sedikit bagi pedas. Dapat makan dengan nasi putih panas memang mendapat lah makan. Resepi dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin di laman Facebook. Bahan-bahan Seekor ikan merah, lumur kunyit dan garam. Goreng dan asingkan dulu. 1 biji bawang holand hiris bulat, 1 inci halia potong panjang, 3 ulas bawang putih potong nipis, Tumis bahan 3, 4 dan 5 hingga layu, Cili hijau dipotong 4, 2 biji cili padi diketuk. Masukkan ke dalam bahan yang ditumis. Masukkan sebungkus kecil taucu dan kacau. Masukkan satu cawan air. Masukkan 1 sudu kecil biji sawi. Masukkan gula, garam dan perasa. Masukkan sedikit asam jawa. Masukkan ikan merah dan gaul-gaulkan. Tutup api. Kari Kepala Ikan Merah Tanpa Santan Imej via Facebook Memang puas dapat makan satu kepala ikan lemak-lemak manis. Rempah-remah kari pula sudah bagi rasa pekat maka masak kari tanpa santan pun tiada masalah malah lebih kurangkan lemak santan. Resepi oleh Nor Khomariah Norrohman di laman Facebook. Bahan-bahan Kepala ikan merah bersihkan dengan air asam jawa, 2 biji bawang besar dihiris, 2 ulas bawang putih dihiris, 1 inci halia dihiris, 2 tangkai daun kari, 3 sudu makan serbuk kari ikan dibancuh dengan sedikit air jadikan pes, Garam dan sedikit gula, 1 sudu besar halba campur, Semangkuk kecil air asam jawa, Terung bulat potong 4, Tomato belah 4, Cili padi, Bendi, Minyak untuk menumis. Cara-cara Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur sehingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi sehingga garing atau pecah minyak. Masukkan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan terung, biar terung lembut. Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kepekatan kuah bergantung pada anda, kalau ingin cair tambahkan air. Bila sudah mendidih masukkan ikan. Jangan kacau. Apabila ikan sudah hampir masak masukkan bendi dan tomato. Setelah masak, angkat dan hidangkan. Fish Head Noodle Soup Imej via Facebook Fish Head Noodle Soup ini keunikannya adalah kerana menggunakan kepala ikan, selalunya ikan merah atau jenahak. Kepala ikan akan digoreng terlebih dahulu. Bagi sup pula menggunakan susu, rasa pelik bukan? Sup susu? Tapi percayalah dengan ramuan yg betul, anda akan terkesima dengan keenakkannya. Kalau ingin rasa boleh buat sendir, selamat mencuba. Resepi oleh Nor Fardzilah Talib di laman Facebook. Bahan Mee ½ 1 paket bihun. Gunakan meehoon yang tidak senang hancur atau lembut bila direndam. Selalunya saya gunakan jenama Jasmine. Rendam meehoon dalam air sejuk selama setengah jam. Bahan Sup Kepala ikan dipotong ikut saiz. Basuh, dilumur dengan garam dan 1 sudu besar tepung jagung. Biarkan seketika. Lobak jeruk 1 bungkus. Halia 2 inci. Minyak masak 1 mangkuk untuk menggoreng ikan. Susu sejat ½ atau 1 cawan bergantung kepada kuantiti masakan. Stok ayam jika gunakan serbuk 1 sudu besar, jika gunakan stok cecair, setengah cawan. Air 1 mangkuk. Tomato 2 biji belah 4, buang bijinya. Bahan Hiasan Daun bawang, Lada sulah, Minyak bijan, Sayur sawi/kobis. Cara-cara Celurkan mee hoon dalam air panas, jika sudah lembut angkat dan tos, ketepikan. Panaskan 1 mangkuk minyak untuk menggoreng dalam kuali, tinggalkan 1 sudu makan untuk masak sup. Pastikan kuali dan minyak cukup panas sebelum masukkan ikan. Goreng ikan hingga kuning dan agak garing. Kalau boleh biarkan ikan tenggelam dalam minyak. Bila sudah garing dan kuning, angkat dan toskan. Panaskan periuk dengan 1 sudu makan minyak masak tadi, hiriskan halia keping-keping. Bila sudah panas, masukkan halia, goreng sampai naik bau dan berwarna agak keemasan. Masukkan tomato, bila sedikit layu, masukkan air 1 mangkuk. Bila air mendidih, masukkan lobak jeruk, dalam 5 min, angkat lobak jeruk dari dalam sup dan ketepikan. Ambil sawi atau kobis celurkan dalam sup dan angkat. Biar setengah masak. Bila sup mendidih masukkan stok ayam serbuk atau cecair. Kacau sebati dan rasa. Jika kurang rasa tambah apa yang perlu ikut citarasa. Sup akan ada rasa campuran masin dan masam sedikit. Bila rasa sudah sesuai, masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam sup dan biarkan dalam 2-3 minit, angkat kepala ikan dan asingkan. Kecilkan api sedikit baru masukkan susu. Semasa masukkan susu pastikan sentiasa kacau dalam 2-3 minit dan tutupkan api. Cara hidang Letakkan meehoon dalam mangkuk, sayur yang dicelur, kepala ikan, sayur jeruk tadi dihiris nipis dan diletakkan dalam mangkuk. Tuangkan sup, hiaskan dengan daun bawang, lada sulah dan sedikit minyak bijan. Siap untuk dinikmati. Selamat mencuba Ikan Merah Stim Limau Imej via Facebook Ikan kukus curah kuah stim limau. Sedap sangat sampai tidak pandang langsung kanan kiri. Paling sedap kalau dapat hirup kuah stim limau itu. Rasa masam-masamnya membangkitkan selera makan. Resepi dikongsikan oleh Syakila Thulus di laman Facebook. Bahan-bahan Ikan yang sudah dicuci bersih dan dikelar badannya, kemudian lumur dengan sedikit garam. Hiris halia dan tabur serata. Batang serai diketuk dan masukkan dalam badan ikan. Kukus selama 20 minit atau hingga ikan masak. Bahan kuah stim limau Lime juice, Sos ikan, Kiub ayam, Bawang putih, Cili padi hijau/merah, Daun ketumbar, Tomato ceri, Gula merah, Cincang, hiris atau potong. Cara Kuah Stim Limau Tumis bawang putih, cili padi dengan sedikit minyak hingga garing. Masukkan sos ikan dalam 2-3 sudu besar dan kiub pati ayam. Masukkan 3 sudu besar jus limau sukatan ikut citarasa kemasaman anda dan semangkuk kecil air. Masukkan gula merah secukup rasa untuk seimbangkan masam dengan manis. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato ceri. Kacau-kacau, bila mendidih boleh tutup. Keluarkan ikan dari pengukus dan pindahkan ke pinggan hidang. Curahkan kuah stim limau tadi ke atas ikan. Resepi Menarik Lain Menarik bukan resepinya? Selain resepi ikan merah, kami juga menulis resepi lain yang tidak kalah menarik. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Resepi Ibu Berpantang Resepi Nyok Nyok Resepi Ikan Kembung Penulis Rahayu Z Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Tinggalkan Komen! Langgan Info Kami Berkaitan .
Tunggu sebentar... Nampaknya anda menggunakan alat automasi untuk melayari laman web ini. Sila sahkan anda manusia Reference ID 01d7c595-0bc5-11ee-bc1c-725555546666 Ini mungkin terjadi kerana Javascript dilumpuhkan atau disekat oleh sesebuah ekstensi contohnya penyekat iklan Pelayar anda tidak menyokong kuki Sila pastikan Javascript dan kuki dibolehkan di pelayar anda dan anda tidak menghalang pemuatannya.
masak ikan merah 3 rasa